Saturday, December 31, 2011

Antara Hasil - Hasil Kerja 2011

Minta maaf kepada semua pembaca yg menantikan hasil kerja saya dan kerana tidak kerap mengemaskinikan blog ini. Kesibukan kerja dan tugas - tugas pengajaran menghadkan masa untuk berkarya . Namun begitu dapat juga menyelesaikan beberapa bilah pisau dan keris sebagai tanda tahun 2011. Diharapkan tahun 2012 akan memberikan ruang dan masa yg lebih untuk saya berkarya ... Silakan untuk menatap buah - buah tangan 2011 yg ada.


1. Hulu Pekaka ( Kayu Serian )



2. Keris Pandai Saras Kelantan
Pemilik : Tak Diketahui ( Dijual Melalui Bapa Saudara )
Kayu : Kayu Serian + Jati
Harga : RM 300







3. Pisau Lapah Mata Kelantan
Pemilik : Masih belum di miliki
Kayu : Kayu Aksia + Jati + Cempedak
Harga : RM 130



4. Wali Jantan
Pemilik : Paklang ILPNT
Kayu : Kayu Serian + Sira Bole
Harga : Upah Hulu & Sarung RM 200






5. Keris Pandai Saras Kelantan.
Pemilik : Ayah Uda ( Cikgu Mohd Zaki Bonyamin - Bota Kanan )
Kayu : Kayu Jati + Sepetir
Harga : RM 350





6. Keris Bugis Malela
Pemilik : Peribadi ( Saya Sendiri )
Kayu : Kayu Akasia + Lupa kayu apa ( Bahagian Sarung )
Harga : Dijual Jika tawaran yg Baik.







7. Sarung Pisau Lapah Victorinox
Pemilik : Pengarah ILP Kepala Batas
Kayu : Kayu Serian
Harga : RM 170




8. Keris Kemuning Hitam
Pemilik : Peribadi
Kayu : Kayu Jati + Akasia
Harga : RM 300 Termasuk Pos












Tuesday, July 12, 2011

Dah lama teman tak update blog .... agak sibuk dengan kelas dan program latihan 1 malaysia, dan internet plak slow ... eemmmmmm.


Namun diluangkan sikit untuk beberapa hasil kerja yang telah selesai dan telah di ambil oleh tuan masing masing ...


1. Tanto samurai (milik peribadi ) , mata alat, kayu serian .Pisau kukri kecil (dibuat pertukaran dengan anak muris untuk mata tumbuk lada ), mata gergaji ...kayu akasia .


2. Hasil kerja hulu - hulu keris yang di letakkan di roadwalk bagan, butterworth.




3. Hulu kerdas ( patah tiga ) ukiran penuh , kayu setang. Upah Rm 100.





4. Hulu Kerdas ( patah tiga ) , Ukiran penuh , kayu kopi , Upah Rm100


































Saturday, April 9, 2011

PISAU LAPAH

Pisau Lapah mata tempa .... hat nih time tukang tengah malas ..... kekadang mood datang berdasarkan bentuk mata ..... yang ni bentuk mata agak tak berapa syok .... tapi tajam ..






Pisau " Confuse "

Nama di berikan oleh seorang kawan lama SMVKK , lebih di kenali Ailida Aili ( Nick name ) . Dia bagi nama nih sebab pisau nih pening dia keris ka pisau ..... sebab hulu keris ... mata pisau . Tapi sebenornya jadi cam nih sebab ader hulu keris lama masa mula mula belajar buat keris ... hulu tuh tak jadi cam hulu jawa demam ... tak sok tengok tukar lain ... tapi nak buang sayang .... maka di jadikan lah hulu pisau pulak ...