Wednesday, April 24, 2013

KERIS REKABENTUK PERAK.

Keris gaya perak  atau rekabentuk perak . Mungkin kita akan rasa ganjil jika di sebutkan begitu. Secara amnya secara sekali pandang kita akan nampak rekabentuk keris yang ada adalah sama .. bagi bagi mereka yang meneliti secara teliti , kita akan dapat lihat di setiap negeri di semenanjung ini sudah pasti akan ada rebentuk yang menjadi identiti negeri tersebut .

Selain pakaian , adat budaya , makanan , pertuturan dan lain lain lagi , keris juga tidak ketinggalan. Jika di perhatikan secara teliti keris keris yang terdapat di negeri perak mempunyai pegaruh yang kuat daripada rumpun Bugis dan sumatra. 

Dengan apa yang saya nyatakan bagi rekabentuk ini , mungkin masih lagi di anggap tanggapan  kerana rujukan yang digunakan dalam pernyataan untuk menyatakan keris ini sebagai rekabentuk lama yang terdapat di Perak atau identiti keris dari negeri Perak, agak tidak lengkap atau mempunyai kenyataan yang sahih. namun begitu apa yang saya nyatakan di sini adalah berdasarkan kepada beberapa fakta yang mungkin boleh di pertikaikan buktinya . 

Mengapa saya katakan ini adalah rekabentuk bagi negeri perak berdasarkan fakta - fakta berikut :

1. Keris pusaka atau keris lama milik Tengku Faris - salah seorang keturunan di raja Perak , mempunyai bentuk sampir, dan gaya hulu sebegini .

2. Salah seorang rakan Facebook , memaparkan sebilah keris lama yang di dakwa milik Dato Sagor oleh pemiliknya , juga mempunyai bentuk hulu dan sampir yang sama sebegini.

3. Saya melihat semula gambar - gambar keris yang di paparkan oleh Pak Mazin Kuala Kangsar , kelihatan juga mempunyai gaya sebegini.

4. Merujuk kepada Man Keris atau juga di kenali Man samurai di manjoi perak menyatakan bentuk sebegini dulu banyak di buat di kalangan tukang - tukang keris di Sayong dan sampit ini di kenali dengan nama sampit Lancang..

Di harapkan dengan adanya perbincangan yang ilmiah ini sama - sama kita memartabatkan seni warisan ini.
















PROJEK PELANGGAN YANG DI SIAPKAN


PROJEK TERBARU YANG DI SIAPKAN 

Berikut merupakan beberapa projek yang telah berjaya di siapkan pada awal tahun ini. Agak lama juga tak update blog ni , agak sibuk dengan kerja dan juga menyiapkan tempahan pelanggan yang ada 


1. Keris tajong ( Tuan Khairul Muzammir )







2. Keris Bugis ( Tn. Amir Yahya )






3. Hulu keris - Hulu Helang Kelawo & Patah 3 Helang ( Ayahda Daeng Andak )







4. Hulu Pekaka 






5. Hulu Tajong  ( Tn Tuah Melaka )